JAIS Berkas Ahli Kumpulan Ajaran Sesat al-Arqam - pakdin.my


+++++

Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS malam tadi memberkas beberapa ahli kumpulan ajaran sesat al-Arqam – disyaki cuba menghidupkan kembali fahaman berkenaan yang telah difatwakan sebagai sesat.

Operasi serbu ajaran sesat itu dilakukan di Taman Perumahan, Country Homes, Rawang.

Ketika serbuan, mereka sedang menghadiri majlis sambutan hari kelahiran ke-75 pengasas ajaran berkenaan, Asaari Muhammad atau Abuya.

Majlis dengan tema “Abuya terus memimpin walaupun ghaib” itu, turut dihadiri lebih lima ribu pengikut.

Serbuan mengikut Seksyen 12-E Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sabit kesalahan tindakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesemua yang ditahan antara 20-30 orang dibawa ke pejabat JAIS untuk diambil keterangan.

Difahamkan, majlis sambutan bermula sejak 30 Oktober lalu dan berakhir semalam.

UTAMABERITAJAIS Berkas Ahli Kumpulan Ajaran Sesat al-Arqam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium


Warning: Module "mbstring" is already loaded in Unknown on line 0