Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,206,253
Confirmed
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Indonesia
4,020,801
Recovered
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Indonesia
141,381
Deaths
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am

Global

All countries
232,323,276
Confirmed
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
All countries
207,212,863
Recovered
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am
All countries
4,758,478
Deaths
Updated on September 26, 2021 09:07 9:07 am

22 wanita pesalah syariah kena sebat

Syor sebat di khalayak

KETUA Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAJ, Mohd Zamri Kambari menunjukkan perbezaan kaedah pelaksanaan hukuman sebat konvensional dan syariah.
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAJ, Mohd Zamri Kambari menunjukkan perbezaan kaedah pelaksanaan hukuman sebat konvensional dan syariah.

Seramai 22 wanita antara 39 pesalah syariah dihukum enam sebatan bagi kesalahan sumbang mahram dan persetubuhan luar nikah di negeri ini sejak dua bulan lalu.

Dua lagi wanita yang dikenakan hukuman sama, mendapat penangguhan pelaksanaan kerana masing-masing sedang mengandung dan baru bersalin.

Mereka adalah kumpulan pesalah syariah pertama di Johor dikenakan hukuman ¡tu yang dilakukan secara tertutup di Penjara Kluang.

Bagaimanapun, Jabatan Agama Johor(JAJ) kini mengkaji cadangan untuk melaksanakan hukuman itu di khalayak ramai atau masjid, bagi tujuan memberi kesedaran serta keinsafan kepada pesalah serta umat Islam lain.

Hukuman sebatan

Walaupun hukuman sebatan itu diperuntukkan mengikut Enakmen Undang Undang Tatacara Jenayah Syariah bagi semua negeri namun hanya dua bulan lalu Johor melaksanakan hukuman itu.

Semua pesalah lelaki dan wanita itu masing-masing menjalani enam kali sebatan iaitu hukuman maksimum mengikut peruntukan enakmen syariah Johor.

Seorang lelaki dan wanita menjadi individu pertama menjalani hukuman itu di Penjara Kluang pada 4 April lalu bagi kesalahan sumbang mahram mengikut Seksyen 20.

Pada 28 April lalu, sembilan lelaki dan 14 wanita menjalani hukuman sama, diikuti tujuh lelaki dan sembilan wanita pada 17 Mei lalu bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah iaitu kesalahan mengikut Seksyen 23.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAJ, Mohd Zamri Kambari, berkata semua pesalah terbabit berusia lingkungan 20 dan 50an.

“Ini adalah kali pertama Johor melaksanakan hukuman sebatan bagi kesalahan syariah, berbanding sebelum ini pesalah hanya didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

“Pada awal 2000 lalu, pernah ada seorang wanita dijatuhi hukuman itu tetapi selepas rayuan, sebatan itu ditukar kepada hukuman penjara.

“Semua kumpulan yang menjalani hukuman sebat sejak April lalu adalah bagi kes dan kesalahan dibicarakan dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Sebatan beri kesedaran

Zamri berkata, sebatan itu lebth bersifat memberi kesedaran dan bukan untuk menghukum menyebabkan pihaknya menyarankan hukuman itu diperluaskan di khalayak atau masjid bagi memngkat kan kesedaran orang ramai.

Katanya, berdasarkan pemerhatian, hukuman sebatan yang dilaksanakan itu berjaya memberi kesedaran dan pihaknya melihat ada riak keinsafan pada wajah setiap pesalah yang dihukum.

Mengenai jumlah pesalah wanita lebih ramai berbanding lelaki, Zamri berkata, ia berikutan ada kes bersama pasangan dibicarakan berasingan dan ada kes sudah diselesaikan, selain masih ada diperingkat perbicaraan.

Zamri turut menegaskan hukuman sebat bagi pesalah syariah berbeza dengan kaedah pelaksanaan sebatan bagi pesalah kes konvensional.

Berkaitan