Seorang Maut, 2 Parah Kereta Terbabas Berhampiran Kawasan Rehat Seri Kembangan - pakdin.my

Seorang maut, dua lagi parah setelah kereta yang dinaiki terbabas merempuh besi penghadang jalan di Lebuhraya Maju arah Putrajaya berhampiran kawasan rehat Seri Kembangan.

Dua mangsa tercampak keluar setelah kereta berpusing beberapa kali.

Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam tujuh malam semalam.

Siasatan awal mendapati, kereta Proton Putra ini dinaiki tiga sahabat dalam perjalanan pulang ke Seri Kembangan dari ibu negara.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas arah besi penghadang jalan.

Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kereta remuk teruk.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Farid Samsuri, 20 tahun, dari Seri Kembangan, Selangor.

Pemandu kereta dan penumpang yang parah, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITASeorang Maut, 2 Parah Kereta Terbabas Berhampiran Kawasan Rehat Seri Kembangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium