Perwakilan PAS Bidas Pimimpin Pakatan Pembangkang Yang Berdolak-Dalik Mengenai Hudud

Seorang perwakilan PAS hari ini membidas sikap pemimpin parti dalam pakatan pembangkang yang masih berdolak-dalik mengenai isu Hukum Hudud yang mahu ditegakkan parti itu sekiranya berjaya mengambil-alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan Zahari Arip berkata pakatan pembangkang sepatutnya sepakat melaksanakan hukum itu apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ‘lampu hijau’ melaksanakannya mengikut lunas demokrasi

“Mengapa nun di sana masih ada kepimpinan lain dok bercakap hudud bukan keutamaan, hudud perlu tangguh kerana rakyat tak faham dan hudud bukan agenda utama…ke Putrajaya agenda utama.

“Pelaksanaan hukum hudud kekal menjadi ‘core business’ PAS dan tidak boleh sekali-kali dijadikan matlamat sampingan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata keyakinan orang bukan Islam tentang hudud tidak perlu dijadikan persoalan kerana melalui beberapa kajian, hudud boleh diterima golongan ini dan mampu ‘mengkondusifkan’ hidup mereka.

Zahari turut menyelar tindakan segelintir ilmuan Islam yang mempertikai hukum hudud sehingga menimbulkan polimik di kalangan masyarakat.

Perwakilan PAS Kedah Ahmad Yahya pula kesal dengan segelintir anggota kepimpinan parti itu yang bersikap ‘panjang lidah’ dan ‘panjang tangan’ dalam menyuarakan pandangan mereka.

“Saya kesal dengan kepimpinan yang panjang lidah mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan polimik serta mempertikai keputusan jemaah (PAS) dan panjang tangan menulis sesuatu yang boleh menimbulkan kecelaruan.

“Perbuatan seperti ini bukan sahaja tidak membantu dalam memperkuat jemaah tapi perbuatan yang nyata membunuh diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia menjadi orang tengah mewakili PAS untuk bertemu dan membincangkan mengenai hukum hudud dengan rakan sekutu mereka iaitu DAP.

Ketua DHPP Hu Pang Chaw berkata dewan itu tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan pemimpin DAP termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh bagi memperjelaskan hukum Islam itu yang menjadi polemik dalam pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah bertemu dengan kepimpinan MCA untuk memperjelaskan mengenai hukum itu,” katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Isu pelaksanaan hukum hudud kembali ‘panas’ apabila Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, dua hari lepas dilaporkan berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.

Kenyataan itu bagaimanapun tetap dibantah DAP melalui Karpal dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan hukum hudud itu tiada dalam persepakatan parti pembangkang.

Hu berkata mereka yang tidak faham mengenai hudud sahaja yang akan mempertikaikannya, tetapi akan menyokong hukum itu jika penjelasan diberikan.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...