Hadi Alu-alukan Cadangan Jadi PM Walaupun PAS Cuma Bertanding 66 Daripada 222 Kerusi Parlimen - pakdin.my

Selepas menerima maklum balas positif daripada perwakilan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengalu-alukan saranan agar beliau dilantik sebagai perdana menteri ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan agar pembangkang perlu terlebih dahulu memenangi pilihan raya jika mahu mengangkat beliau sebagai perdana menteri.

“Saya alu-alukan cadangan supaya saya dilantik menjadi PM (Perdana Menteri), kadang-kadang syok juga (jadi perdana menteri) tetapi saya nak minta Tuhan menangkan Islam, nak jadi apa lepas tu, nak mati pun matilah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Ahad.

Pada muktamar kali ini, timbul banyak gesaan di kalangan perwakilan termasuk Dewan Ulama dan Dewan Muslimat yang mahu pemimpin tertinggi mereka dipilih sebagai perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang.

Cadangan itu sekaligus dilihat bahawa ahli PAS menolak persepakatan pakatan pembangkang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh.

UTAMAPOLITIKHadi Alu-alukan Cadangan Jadi PM Walaupun PAS Cuma Bertanding 66 Daripada 222...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium