Kemalangan Maut Di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan Dekat Kampung Ubai - pakdin.my

REMUK … Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 12.45 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Wira, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18, dan dua rakannya Mohd Faqih Mohd Nor, 18, dan Hasroy Haniff Hamsah, 17, manakala Mohd Hasri Razali, 19, mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Pekan.
MAUT… Pemandu kereta Proton Wira, Shahrul Azwan Jaafar, 18
MAUT… Hasroy Haniff Hamsah, 17
MAUT… Mohd Faqih Mohd Nor, 18

 Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, di sini awal pagi ini.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 12.45 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Wira, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18, dan dua rakannya Mohd Faqih Mohd Nor, 18, dan Hasroy Haniff Hamsah, 17.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pekan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian, keempat-empat sahabat dari Peramu Jaya di sini itu dalam perjalanan ke Kuantan.

“Ketika sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum merempuh besi penghadang jalan.

“Akibat rempuhan itu, kereta terbabit terbalik yang menyebabkan tiga mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan,” katanya.

Zainalabidin berkata mayat ketiga-tiga sahabat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

UTAMABERITAKemalangan Maut Di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan Dekat Kampung Ubai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium