UtamaPenggemar Kemas Kini 'Geolocation'...

Penggemar Kemas Kini ‘Geolocation’ Mampu Undang Jenayah Harta Benda, Korporat - pakdin.my

Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem ‘geolocation’ mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada ‘geolocation’ di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.

“Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau ‘check in’ lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti ‘Foursquare’, facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

“Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syed Ismail berkata terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.

Syed Ismail berkata tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.

“Ada pihak cuba mencari maklumat untuk menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu,” katanya.

Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan melibatkan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data berkaitan perniagaan dalam usaha untuk mensabotaj pesaing, katanya.

Syed Ismail berkata meskipun setakat ini belum terdapat maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko penggunaannya harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan applikasi demikian serta memahami fungsinya.

“Meskipun setiap aplikasi itu ternyata mempunyai kebaikan, tetapi segalanya berbalik kepada pengguna sendiri sama ada ingin menggunakan atau tidak.

“Kalau kita nak guna kemudahan ini kita kena tahu dan faham betul-betul risiko yang mungkin berlaku, kalau kita tidak mahu mengambil risiko kita jangan muat turun,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 24 kes kegiatan menggodam yang melibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia Mohd Anwer Mohamed Yusoff sebagai berkata negara mencatat anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...