UtamaPOLITIKMB Gelabah Seksyen 7,...

MB Gelabah Seksyen 7, Shah Alam Tak Ada Air - pakdin.my

Setelah puas bersilat dan bertaichi konon masalah air di Selangor hanyalah mainan politik BN untuk melemahkan PR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim akhirnya menepuk dahi apabila rumahnya mengalami gangguan bekalan air semalam. Pada hari minggu yang lepas, beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling, Klang dan Seksyen 7 Shah alam iaitu di kawasan kediaman Khalid Ibrahim, telah tidak mendapat bekalan air.

Kita harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh UMNO sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Khalid Ibrahim pula.

Masalah ini adalah konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu loji penapisan tidak lagi mampu menampung jumlah permintaan yang meningkat secara drastik di Selangor. Walaupun ketika negeri ini mengalami hujan yang lebat setiap hari, kandungan air di loji tidak menunjukkan peningkatan malah mengalami kemerosotan. Kini, setelah musim hujan mula reda, kandungan air semakin berkurangan dan sedikit sahaja peningkatan dalam penggunaan ternyata mampu menyebabkan kehabisan bekalan.

Kini, segala apa yang dibimbangkan oleh kerajaan pusat telah pun menjadi nyata dan yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat tetapi juga Menteri Besar Selangor sendiri.

Kerajaan PR menafikan penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat melalui projek Langat 2 dengan memberi gambaran bahawa ianya bukan penyelesaian terbaik dan konon terdapat unsur-unsur tidak telus. Walaupun telah diperjelaskan berkali-kali oleh beberapa pihak yang berpengalaman dan juga pakar-pakar tentang bagaimana keputusan penyelesaian ini dicapai, kerajaan PR Selangor tetap berdegil untuk menggunakan penyelesaian mereka sendiri.

Mereka menolak mentah-mentah keputusan kerajaan pusat walaupun sedia maklum bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendalam sejak beberapa lama serta oleh berbagai pihak.

Amatlah malang bagi rakyat Selangor apabila dalam kedegilan itu, kerajaan negeri masih gagal menemui penyelesaian yang lebih baik dari Langat 2. Malah, teknologi membran yang dicadangkan juga kini terbukti tidak praktikal. Kini, mereka cuba pula mengkaji cadangan-cadangan lain yang mana pasti mengambil masa kerana setiap cadangan akan memerlukan kajian yang mendalam juga.

Akibatnya masa terbuang begitu saja tanpa apa-apa tindakan penyelesaian.

Sedangkan, projek Langat 2, jika berjalan mengikut jadual tanpa halangan oleh kerajaan Selangor adalah dijangka siap pada Mei 2014. Mengikut kajian awal negeri Selangor dijangka mengalami kekurangan bekalan air, kira-kira 299 juta liter sehari bermula tahun ini di mana kemuncaknya akan dirasai pada tahun 2015. Melalui projek ini, air akan disalurkan ke Selangor dari Negeri Pahang.

Namun, apa yang dicadangkan oleh kerajaan PR Selangor setakat ini semuanya membabitkan pemrosesan air mentah dan bukannya menambahkan bekalan air yang menjadi punca masalah. Ini menunjukkan yang mereka tidak peka akan masalah sebenar kerana terlalu ghairah berpolitik.

Selain dari masalah air yang tidak cukup, loji baru juga amat diperlukan memandangkan keadaan loji sedia ada yang semakin buruk akibat terlalu lama dan sukar diselenggara tanpa menjejaskan bekalan kepada pengguna.

Siapa sangka, dalam keghairahan PR untuk terus mempolitikkan isu air, Khalid Ibrahim sendiri terpaksa melalui keperitan hidup tanpa bekalan air. Walaupun kesengsaraan yang dilaluinya mungkin tidak lama, namun sekurang-kurangnya beliau kini merasai akibat dari sikapnya yang berpolitik tanpa batasan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Khalid akan insaf dan mengakui kesilapan setelah berhadapan dengan hari yang sukar tanpa bekalan air. Tetapi, kita tidak terkejut jika Khalid sanggup tidak mandi dan tidak bersuci semata-mata ingin terus bermain politik.

Jika benar, maka nampaknya, rakyat Selangor terpaksalah menunggu sehingga pemimpin-pemimpin PR Selangor sudah tidak tahan bau masing-masing akibat tak mandi pagi, sebelum akur bahawa penyelesaian yang diputuskan oleh BN adalah yang terbaik.

Ini kerana, BN sentiasa memastikan dan memutuskan hanya yang terbaik untuk rakyat jelata. Jika tidak, mana mungkin BN tetap menjadi pilihan rakyat sejak sekian lama?

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...