UtamaPOLITIKPenganut Buddha Wajar Kekalkan...

Penganut Buddha Wajar Kekalkan Kerajaan BN – Master Hsing Yun - pakdin.my

Master Hsing Yun, iaitu pengasas kuil Fo Guang Shan iaitu kuil terbesar di Taiwan pada tahun 1976 kini berada di Malaysia untuk menghadiri Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function. Beliau merupakan tokoh Sami Buddha paling berpengaruh di dunia.

Kita sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin. Seorang Sami yang ‘tinggi’ darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda. Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka. Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.

Oleh itu, kata-kata seorang Sami seperti Master Hsing Yun diterima sebagai amanat oleh pengikut-pengikut agama Buddha kerana mereka tahu bahawa beliau tidak akan bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkannya dalam-dalam.

Dan hakikat inilah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu Master Hsing Yun telah menasihatkan rakyat Malaysia agar bersatu padu dan jangan berpecah kerana ia mampu melemahkan negara. Kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang baik malah berhajat agar dilahirkan semula sebagai sami di Malaysia dalam kehidupan selepas ini.

Beliau juga menyatakan yang kerjasama antara kaum bakal menjadikan Malaysia negara yang hebat. Beliau mengingatkan golongan sami agar tidak masuk campur soal politik walaupun mereka disarankan untuk mengambil tahu mengenainya.

Master Hsing dijadualkan untuk diraikan dalam progam yang dinamakan “A joyful dharma evening “2012 Marvellous Malaysia–Venerable Master Hsing Yun” di Stadium Shah Alam di mana 2,000 sukarelawan dijangka mengambil bahagian dengan lebih 80,000 cenderamata akan diagihkan kepada orang ramai.

Program ini dengan sendirinya membuktikan kemakmuran Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Master Hsing. Ini bukan hanya kerana temanya yang memuji Malaysia, tetapi juga kerana hakikat penganjurannya di sebuah negara bermasyarakat majmuk serta kehadiran orang ramai dalam keadaan aman, tanpa diancam kebimbangan.

Semua ini hanya mampu terhasil dari sebuah kepimpinan yang bijak, adil dan cekap. Dan kepimpinan itu adalah kepimpinan Barisan Nasional.

Dengan bukti kredibiliti BN yang begitu jelas, adalah tidak wajar bagi masyarakat Buddha di Malaysia untuk terpedaya dengan hasutan pihak yang saban hari menyogok fitnah bahawa Malaysia adalah negara yang buruk dan teruk di mana pihak minority didiskriminasi.

Sedangkan, sepintas lalu sudah terbukti bahawa masyarakat Buddha yang menjadi minoriti, juga mampu hidup dalam keadaan yang jauh lebih selesa dan mewah dari kaum majoriti. Mereka tidak pernah dihalang untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan di negara ini. Malah, budaya dan bahasa ibunda mereka juga mendapat tempat dan diberi ruang untuk berkembang. Kebebasan mengamalkan agama dan menganjurkan program berunsur agama tidak mungkin boleh diragui lagi walaupun agama rasmi negara ini adalah agama Islam.

Justeru, segala apa yang dikatakan diskriminasi, kezaliman dan penindasan terhadap mereka hanyalah ilusi dari kenyataan di atas kertas yang meletakkan hak istimewa kaum majoriti. Sedangkan realitinya, kaum minority tidak pernah tersekat atau tertindas.

Maka, sewajarnya masyarakat Buddha merenung sedalam-dalamnya amanat Master Hsing yang membawa mesej kebaikan, ketenangan dan keamanan dengan berpaksi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di bawah payung BN yang sedia terbukti mampu memastikan hidup kita kekal makmur dan selesa.

Berkaitan

Baca Juga

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...