Perhimpunan UMNO Menenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang #PAU2012

 Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.

Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit. Pemimpin datang dan pergi, dengan yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.

Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.

Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.

‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO. Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.

Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang. Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara. Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.

Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah. Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan. Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira.

Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O’.

Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa.

Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama. Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan, mereka menuduh UMNO sebagai zalim.

Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam.

Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang. UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati. Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.

UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya. Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang. Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya.

Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu. Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan.

Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat. InsyaAllah, dengan prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...