Remaja Maut Kereta Dipandu Rempuh Tiang Lampu Di Putrajaya - pakdin.my

Keadaan kereta yang dipandu Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17, dari Bangi Selangor terputus dua selepas terbabas sebelum merempuh tiang lampu dalam satu kemalangan kira-kira 4.45 petang.
Keadaan kereta yang dipandu Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17, dari Bangi Selangor terputus dua selepas terbabas sebelum merempuh tiang lampu dalam satu kemalangan kira-kira 4.45 petang.

PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terbunuh dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu, di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, dari Bangi Selangor, mengalami cedera parah di kepala dan kereta yang dipandunya terputus dua.

Menurut sumber polis, mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dari arah pusat beli-belah Alamanda menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam hujan lebat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

nahas putrajaya remaja 17 tahun maut 1

UTAMABERITARemaja Maut Kereta Dipandu Rempuh Tiang Lampu Di Putrajaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium