@NajibRazak Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan bersama penduduk-penduduk kawasan Bayan Baru di Pasar Bayan Baru sempena lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan bersama penduduk-penduduk kawasan Bayan Baru di Pasar Bayan Baru sempena lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di negeri ini.

Najib, yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, disambut bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional(BN) negeri.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Perdana Menteri akan turut mengadakan tinjauan mesra di Pasar Bayan Baru sebelum merasmikan program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pada program itu, Najib akan membuat beberapa pengumuman penting termasuk mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan dijangka lebih 50,000 orang dijangka hadir pada program itu yang bertemakan ‘Perumahan Rakyat’.

Najib dijangka menyertai penduduk Bayan Baru untuk menikmati jamuan makan tengah hari bersama masyarakat setempat di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru, di sini.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijangka mengadakan tinjauan mesra di Rumah Panjang Transit Tanjung Tokong dan Flat Tanjung Tokong.

Selain itu, Najib akan turut melawat Galeri Uda dan Galeri Warisan Kampung Tanjung Tokong untuk melihat projek perumahan yang dibangunkan Uda Holdings Bhd.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri dijangka melawat Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru Tanjung dan menghadiri kenduri kahwin dua penduduk Tanjung Tokong yang diadakan di kawasan masjid itu.

Sebelum mengakhiri lawatan, Najib akan bersolat Asar di masjid itu dan beramah mesra dengan jawatankuasa masjid serta jawatankuasa penduduk Kampung Tanjung Tokong sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...