Zahrain Dan Bekas Ketua Wanita PKR Sertai Umno Semula Bersama 346 Ahli PKR - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima 347 borang keahlian Umno yang diserahkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (dua, kiri) pada majlis makan tengah hari bersama penduduk Bayan Baru
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima 347 borang keahlian Umno yang diserahkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (dua, kiri) pada majlis makan tengah hari bersama penduduk Bayan Baru

GEORGE TOWN  — Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah pada Sabtu menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.

“Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja,” kata Zahrain.

“PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di sini.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

“Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau),” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.

++++

Perdana Menteri menerima borang permohonan untuk menyertai UMNO daripada Ahli Parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta dua bekas pemimpin dan 350 bekas ahli PKR Pulau Pinang.

Penyerahan borang keahlian UMNO ini, berlangsung ketika Perdana Menteri menghadiri majlis makan tengahari bersama rakyat di Bayan Baru.

Turut serta, bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah dan bekas Timbalan Pengerusi cabang Bukit Gelugor, Roslan Rahmashah.

Ketika ditemui, Datuk Seri Zahrain berkata, keputusan itu dibuat kerana UMNO adalah satu-satunya parti pilihan untuk membela kepentingan masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM / AHLI PARLIMEN BAYAN BARU
“Anda mesti sedar saya dari pembangkang, masa dulu UMNO ada kelemahan dan hari ini kita lihat UMNO ada matlamat, UMNO yang saya lawan dulu dan UMNO hari ini sangat berbeza, kami putuskan untuk keluar dari Pakatan kerana mereka lebih teruk dari apa yang mereka katakan tentang UMNO dulu”.

Beliau percaya lebih ramai ahli PKR dan PAS akan mengikut jejaknya mendekati UMNO dan Barisan Nasional bagi menjayakan program transformasi Perdana Menteri.

Sementara itu, Jaringan Muslimin Pulau Pinang turut menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Mohd Najib bagi memastikan kesucian agama serta perpaduan umat Islam tidak terhakis.

Antara tuntutannya, menyekat sebarang usaha untuk menghalalkan amalan lesbian, gay, biseksual dan transeksual LGBT di negara ini.

UTAMAPOLITIKZahrain Dan Bekas Ketua Wanita PKR Sertai Umno Semula Bersama 346 Ahli...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium