DAP khuatir tindakan MPKB jejas Pakatan

guan-eng-poya2DAP khuatir tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan ‘khalwat’ ke atas dua pasangan, masing-masing di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini, boleh menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, meskipun notis saman yang dikeluarkan berkaitan dengan kelakuan ‘tidak senonoh’, parti-parti musuh PR dan media mereka sudah mula memutarbelitkan tindakan majlis itu sebagai kes khalwat dan kononnya cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Muslim.

Ia kontroversi kedua dalam tempoh kurang sebulan ini membabitkan bukan Islam dan majlis itu.

“Jika Kerajaan Pas Kelantan gagal bertindak ke atas pihak-pihak mensabotaj dalam MPKB-BRI, yang mengeluarkan saman ke atas pasangan bukan Islam berhubung kelakuan tidak senonoh, ini secara tidak langsung akan memperlekehkan mesej PR yang menghormati kebebasan beragama dan akan menjejaskan kerjasama yang sedia wujud dalam PR,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan muka depan mengenai kontroversi terbaru ini dibawa oleh akhbar harian hari ini.

Akhbar terbabit memetik Ketua Pemuda MCA Kelantan, Gan Han Chuan berkata, pegawai MPKB-BRI bertindak keterlaluan dengan cuba mengenakan ‘hukum hudud’ ke atas bukan Islam.

“Ini kali pertama dalam sejarah bukan Islam diberi saman atas kesalahan khalwat,” katanya.

Salah satu pasangan, berusia 30-an, dikenakan saman semasa berada dalam kereta di tepi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada waktu malam manakala pasangan yang lain, berusia 17 dan 15 tahun,  berada di Taman Tengku Anis pada siang hari.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw pula berkata, kedua-dua mangsa lelaki mendakwa pegawai-pegawai yang menahan mereka meminta wang RM500 untuk menyelesaikan kes mereka.

“Dengan jelas, pegawai-pegawai majlis menyalahgunakan kuasa mereka dan tindakan segera diperlukan untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan, yang bebas dan bersih daripada amalan rasuah, dan daripada kebimbangan bahawa hak bukan Islam tidak dihormati dengan penguatkuasaan undang-undang Islam,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau sudah menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjanjikan bahawa akan berhubung dengan Kelantan dan menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya ada memberitahu Datuk Mustafa tentang keperluan melihat isu ini dengan serius bagi mengelakkan kepercayaan bersama dan kerjasama kuat dalam PR yang sedia terjalin terjejas.

“Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong agar berkomunikasi dengan kepimpinan Pas bagi mencapai penyelesaian segera dalam isu-isu berkaitan dengan dakwaan bahawa bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam,” katanya lagi.

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun...

Anwar masih ulang propaganda...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

Akar umbi UMNO sebulat...

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan...

Nasib MN di Selangor,...

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS...

Keluar Sarawak atau lupakan...

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...