Penuntut Kolej Maut, Rakan Cedera Dalam Kemalangan Motorsikal Di Lebuh Raya Sprint Arah Damansara - pakdin.my


….

Hazwani Md Noor 23Seorang penuntut sebuah kolej swasta, maut manakala seorang lagi rakannya cedera setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di ibu negara, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kilometer 6, Lebuh Raya Sprint arah Damansara, selepas terowong Penchala.

Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Vios dipandu seorang wanita merempuh belakang motosikal berkenaan.

Rempuhan menyebabkan mangsa yang membonceng tercampak sebelum motosikal terseret beberapa meter.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hazwani Md Noor, 23 tahun, berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Manakala penunggang motosikal yang cedera di kepala dan badan, diberikan rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

RAKANCOP
03-21159999

Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITAPenuntut Kolej Maut, Rakan Cedera Dalam Kemalangan Motorsikal Di Lebuh Raya Sprint...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium