Kes Khalwat Empat Orang Bukan Islam Bukan Isu Kecil – Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS - pakdin.my

Hu Pang ChawKes empat orang bukan Islam ditangkap khalwat di Kota Bharu, Kelantan mungkin dilihat sebagai isu yang kecil namun banyak lagi isu yang perlu dikaji secara menyeluruh kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw.

“Mungkin terdapat kes-kes yang lebih banyak melibatkan pencabulan hak orang bukan Islam, namun ia tidak didedahkan.

“Pasangan yang ditangkap bukan Islam. Namun pegawai penguatkuasa sangat subjektif dalam mengeluarkan saman mengikut undang-undang Islam. Ini tidak adil,” katanya kepada China Press.

Mengambil satu contoh penguatkuasaan melampau, Hu yang juga bekas ahli majlis berkata papan iklan bagi kedai perkakas elektrik telah diturunkan kerana didakwa mengandungi ‘imej-imej yang tidak senonoh’.

“Ia hanyalah gambar seorang wanita menutup mata seorang lelaki daripada arah belakang. Tidak ada tindakan diambil ke atas kedai berkenaan, namun papan tanda iklan itu telah diturunkan,” katanya.

Sepanjang 22 tahun PAS memerintah Kelantan, Hu berkata polisi Islamik yang dilaksanakan oleh parti itu memberi kesan dan membuatkan masyarakat bukan Islam tidak selesa.

Beliau mendakwa sokongan orang Cina terhadap PAS akan berkurangan sekiranya kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu berkenaan.

“Sebagai penyokong parti, kami hanya boleh memberi pandangan kerana kami tahu apa yang dimahukan oleh masyarakat bukan Islam,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan tegas sesetengah pemimpin PAS dalam melaksanakan dasar Islam di negeri itu, Hu berkata beliau agak kecewa dengan tindakan mereka.

“Ada yang telah melampaui batas daripada apa yang dibenarkan dalam soal agama bagi mempertahankan perjuangan parti. Mereka tidak meneliti apa yang Islam mahukan,” ujarnya.

Sementara itu akhbar Sin Chew memetik seorang saudara mangsa yang ditangkap khalwat berkata terdapat beberapa kenderaan ditempat letak kereta di mana dua lelaki itu telah diberikan saman.

Terdapat juga keluarga dan beberapa pasangan lain di sana. Menurutnya pasangan tersebut menafikan mereka membuat salah dan mereka tidak akan membayar sebarang denda.

Sementara itu, Presiden Persatuan Dewan Himpunan Cina Kelantan, Oie Poh Choon menggesa Majlis Perbandaraan Kota Bharu (MPKB) mengemukakan bukti bahawa dua lelaki yang ditangkap dalam kereta berhampiran lapangan terbang itu melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Jika mereka melakukannya sekalipun, nasihat sahaja sudah mencukupi.

“Sekiranya MPKB mahu mendenda mereka, adalah lebih baik jika mereka mengemukakan bukti terlebih dahulu,” kata Oie.

Beliau turut menggesa MPKB memantau kerja pegawai penguatkuasa yang ‘bermasalah’ kerana ia menyusahkan orang lain.

Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan Kelatan, Ong Khang Woon bersetuju bahawa pihak yang mendakwa perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu dan individu yang didakwa boleh mengabaikan denda tersebut jika tidak bersalah.

“Undang-undang perlu ada rekod hitam putih, masalah akan timbul dengan pegawai penguatkuasa yang tidak bertindak mengikut lunas undang-undang,” katanya.

UTAMAPOLITIKKes Khalwat Empat Orang Bukan Islam Bukan Isu Kecil - Ketua Dewan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium