Masa Depan DAP Kabur, Kata Veteran DAP Melayu

++

Ahmad Ton
Ahmad Ton

GEORGE TOWN: DAP akan hadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep “Malaysian Malaysia”, kata pemimpin veteran DAP Melayu, Ahmad Ton.

Katanya ahli DAP terutamanya generasi baru harus memahami maksud sebenar konsep parti pelbagai kaum dan adalah satu kerugian untuk DAP jika ia hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.

“Kita kena belajar apa itu DAP yang lebih dari satu bangsa. Kalau tidak memikirkan itu, saya rasa sukar bagi DAP pada masa akan datang, kalau tidak menilaikan bangsa Malaysia,” katanya kepada pemberita pada akhir Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Ahad.

Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP ialah membawa maksudkesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara.

Ahmad berkata, kini terpulanglah kepada DAP untuk membuktikan kebenaran konsep Malaysian Malaysia itu.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan dua wakil Melayu iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari setelah kesemua calon Melayu gagal memenangi jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Ahmad yang juga naib pengerusi DAP Johor telah berjuang selama 36 tahun dalam DAP hanya memperoleh 347 undi.

Ariffin ketika ditemui berkata, bagi meneruskan impian pakatan pembangkanguntuk menawan Putrajaya, DAP tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikanorang Melayu.

“Mereka nak menuju ke Putrajaya sudah pasti mengambil kira kepentingan orang Melayu. Maka untuk masa depan yang jelas, ini tak dapat dielakkan,” katanya.

Mengenai ketiadaan wakil Melayu dipilih dalam CEC, beliau berkata ramai pemimpin Melayu DAP tidak dikenali dan ini menyukarkan mereka untuk meraih sokongan perwakilan DAP yang majoritinya adalah kaum Cina.

Sementara itu, V. Sivakumar yang dipilih sebagai setiausaha antarabangsa dalam CEC 2012-2015, berkata struktur parti itu akan mendorong bangsa India untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan sokongan.

“Kami tidak boleh mencabar sistem demokrasi atau mempengaruhi para perwakilan. Orang India dan Melayu hari membentuk lebih banyak cawangan di seluruh negara. Ini merupakan satu lagi tugas buat kami untuk menghantar lebih ramai perwakilan untuk mengubah senario di masa depan,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...