Polis Pantau Media Sosial Sebar Berita Palsu Rusuhan Di Kuala Muda - pakdin.my

Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani (Ahad 16/12/12) Kedua-dua belah pihak diminta menenjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.
Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani (Ahad 16/12/12) Kedua-dua belah pihak diminta menenjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

SIK   — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau laman sosial termasuk blog bagi menyekat penyebaran berita palsu mengenai rusuhan di daerah Kuala Muda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata mereka yang didapati masih cuba berbuat demikian akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kita akan pantau, jika ada bahasa, perkataan atau ayat yang digunakan itu mempunyai unsur-unsur hasutan, kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan menjejaki mereka yang terbabit.

“Siasatan masih berjalan ketika ini dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur, di sini pada Rabu.

Syed Ismail juga menegaskan berita yang disebarkan menerusi menerusi laman sosial, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar dan meminta orang ramai merujuk kepada laman Facebook rasmi PDRM, bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai insiden berkenaan.

UTAMABERITAPolis Pantau Media Sosial Sebar Berita Palsu Rusuhan Di Kuala Muda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium