Video Dera di Media Sosial – Mekanik Didakwa Dera Anak Sehingga Cedera - pakdin.my


++++

dera anak tiri facebookSeorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mendera anaknya berumur tiga tahun yang mengakibatkan kecederaan fizikal.

Tertuduh, Rajasegaran, 32 tahun melakukan perbuatan terbabit pada September lalu menggunakan senduk nasi dan loyang maruku.

Pada prosiding pagi tadi, tertuduh pada awalnya mengaku bersalah.

Dia bagaimanapun menukar pengakuan tidak bersalah selepas mahkamah berhenti untuk penyediaan fakta kes.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 15 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas sebab keselamatan kerana tertuduh tinggal bersama mangsa.

Kesalahan didakwa dilakukan di rumah no 9, Jalan Hamzah, Kapar, Klang.

Pendakwaan dilakukan dibawah Seksyen 3(1)(A), Akta Kanak-kanak 2001.

Jika sabit kesalahan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

UTAMABERITAVideo Dera di Media Sosial - Mekanik Didakwa Dera Anak Sehingga Cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium