Kenyataan Naib Presiden DAP Mengenai Rasuah Di Perkhidmatan Awam Tidak Bertanggungjawab - pakdin.my


++++

Ariffin S.M. OmarTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Naib Presiden DAP, Dr. Ariffin S.M. Omar bahawa rasuah hanya dapat dihapuskan jika perkhidmatan awam tidak didominasi oleh satu kaum adalah tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Ariffin semalam bahawa rasuah dalam perkhidmatan awam hanya boleh dihapuskan jika sektor itu tidak didominasi oleh satu kaum sahaja.

Tan Sri Muhyiddin tidak menolak kenyataan pemimpin DAP itu bakal mengundang keresahan di kalangan kakitangan awam.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana DAP sering menimbulkan isu perkauman meskipun parti berkenaan sering menafikan hakikat itu.

Sikap perkauman itu tambahnya, dibuktikan dalam keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat, CEC DAP baru-baru ini apabila tiada calon melayu memenangi jawatan yang dipertandingkan.

UTAMAPOLITIKKenyataan Naib Presiden DAP Mengenai Rasuah Di Perkhidmatan Awam Tidak Bertanggungjawab

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium