BN Perlu Adakan Konvensyen Pusat Sebelum PRU

konvensyen bnBahang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) semakin hari semakin terasa kehangatannya khususnya dikalangan pemimpin parti politik malah para pengundi juga kian tidak sabar untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi demi negara tercinta.

PRU 13 ini diramalkan oleh ramai pemerhati politik sebagai yang paling mencabar bagi BN selaku juara bertahan berikutan tentangan sengit yang bakal dihadapi dari gabungan tidak rasmi parti-parti pembangkang yang kini bersekongkol di bawah nama PR.

Walaupun dari segi culaan trend sokongan pengundi dan kajian semasa pilihanraya jelas menunjukkan BN terus berada di depan, namun cabaran sengit yang dijangkakan ramai ini tetap memerlukan perhatian khusus dari pucuk pimpinan BN.

Sekarang bukan masanya untuk goyang kaki dan berasa lega dengan pelbagai kajian semasa yang memihak kepada BN sebaliknya tempoh waktu yang berbaki ini sewajarnya diguna pakai sebaik-baiknya supaya PRU 13 kelak benar-benar menjadi milik kita.

Amat penting bagi BN melakukan persiapan rapi bukan sahaja untuk menebus kembali kehilangan beberapa negeri semasa PRU 2008, tetapi juga demi memastikan majoriti dua pertiga mampu diperolehi kembali.

Oleh itu, selain melipat gandakan persediaannya lebih daripada biasa, disarankan juga agar satu Konvensyen BN Pusat dianjurkan sebagai langkah tambahan untuk menyuntik semangat menjelang PRU 13 nanti.

Langkah ini penting bukan sahaja untuk memotivasikan pemimpin, ahli dan penyokong BN tetapi juga berperanan untuk memperkukuhkan semangat kerjasama serta dimanfaatkan untuk menyelaraskan tugasan sesama komponen BN.

Di masa yang sama ia dapat dijadikan landasan untuk menjawab isu-isu terkini yang dipropagandakan oleh pembangkang, dengan demikian ia akan menjadi input berguna untuk anggota parti semasa kempen pilihanraya kelak.

Disamping itu dengan adanya konvensyen ini juga akan membolehkan parti-parti komponen BN memahami lebih lanjut isi kandungan manifesto BN seterusnya memudahkan petugas-petugas parti menjalankan tanggungjawab menyebar luas kepada para pengundi di kawasan masing-masing.

Dengan reputasi BN sebagai gabungan berdaftar yang terbukti sentiasa menepati janjinya, ditambah dengan langkah tambahan mengadakan konvensyen ini ia bakal menjadi bonus penting ke arah mencipta kejayaan yang lebih besar pada PRU 13 nanti.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...