Thursday - August 5, 2021 @ 20:04
BERITANASIONAL24 Lebuh Raya Beri Diskaun Sehingga 37.5 Peratus

24 Lebuh Raya Beri Diskaun Sehingga 37.5 Peratus

Sempena Aidilfitri 30 dan 31 Ogos ini, semua 24 lebuh raya di seluruh negara akan beri diskaun kadar tol antara lima dan 37.5 peratus.

 Manakala Lebuh Raya Latar yang baru dibuka pula akan memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol, sehingga 31 Ogos.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata demikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat kementeriannya.

 DATUK SERI SHAZIMAN ABU MANSOR / MENTERI KERJA RAYA

 “Dalam tempoh jangka masa seminggu Aidilfitri, kemerdekaan, jumlah rebat dan diskaun yang perlu dibelanja oleh syarikat konsesi bernilai 7 juta ringgit”.

 Katanya, antara lebuh raya terbabit ialah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Elite, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson,

Lebuh Raya Linkedua, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Damansara Puchong dan Lebuh Raya Sprint.

Langkah 24 lebuh raya kendalian 22 syarikat konsesi terbabit memberi diskaun kadar tol, bagi meringankan beban pengguna sempena musim perayaan.

Pada hari kebangsaan pula, Lebuh Raya LDP tidak mengenakan bayaran tol bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari 31 Ogos ini.

Bagi mengelakkan kesesakan, warga kota pulang ke kampung, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur, LPT fasa dua yang masih dalam pembinaan, akan dibuka empat hari lagi.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here