UtamaNASIONALKanang Anak Langkau Meninggal...

Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia - pakdin.my

KENANGAN... Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. 
Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
KENANGAN… Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. 
Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

KUCHING: Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi Khamis.

Beliau mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Sg Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

DATIN BRAWANG CHUNGGAT / ISTERI MENDIANG
DATIN BRAWANG CHUNGGAT / ISTERI MENDIANG

Serangan Jantung Punca Kematian

Negara hari ini kehilangan seorang tokoh pejuang.

Pahlawan negara, Temenggong Datuk Kanang Langkau , 68 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Kuching jam 1.45 pagi tadi.

Mendiang sebelum itu dikatakan pengsan selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas ketika sedang menonton televisyen di rumahnya dekat Sungai Apong Kuching malam tadi.

Isteri mendiang, Datin Brawang Chunggat 55 tahun, yang ditemui pagi tadi menceritakan detik-detik cemas ketika kejadian.

DATIN BRAWANG CHUNGGAT/ISTERI MENDIANG.
“Tiada buat apa tengok tv pukul 11 berita lepas itu dia tengok main bola terus dia dekat pukul 12 batuk terus dia macam sakit saya punya dada dia cakap apa kena saya cakap minum air panas dulu tidak dapat juga rasa tercekik terus dia pengsan. Saya seorang saja di rumah terus panggil sebelah rumah bantu saya terus ke hospital pukul 1.45 dia meninggal”.

Tambahnya, sebelum itu, beliau dan suaminya sempat bergurau sambil minum kopi.

Sehubungan itu beliau terkejut dengan pemergian suaminya memandangkan mendiang tiada rekod masalah kesihatan.

DATIN BRAWANG CHUNGGAT/ISTERI MENDIANG.
“Tiada dia tinggi darah pun tiada tiada sakit itu pun saya terkejut, saya heran tengok dia pengsan, badan dia semua berpeluh bah”.

Sementara itu, perkarangan bilik mayat Hospital Umum Sarawak dipenuhi sanak saudara, Angkatan Tentera Malaysia serta kenalan mendiang.

Bekas rakan seperjuangan mendiang, Sidu John yang mengenali mendiang lebih 30 tahun menyifatkan mendiang seorang yang ceria.

SIDU JOHN /RAKAN MENDIANG.
“Dia suka happy go lucky cakap dia keras  apa yang dia cakap dia buat dia memang suka bergurau yang saya kenal dialah.2 minggu lepas saya jumpa dia sihat. Dalam pada itu, menurut anak saudara mendiang, mayat mendiang akan dibawa ke sebuah lokasi dan akan dikebumikan pagi Ahad ini”.

TIMOTHY JAMIT BILONG/ANAK SAUDARA MENDIANG.
“Cari pengesahan lokasi untuk pengkebumian tugu pahlawan kuching cuma lokasi untuk pemghormatan terakhir belum disahkan mungkin di Dewan Suarah saya kebumi difahamkan mungkin pagi hari Ahad nanti”.

Anak bongsu mendiang dalam pada itu melahirkan ucapan berikut.

LINGGI KANANG/ANAK MENDIANG.
“Saya mewakili ayah saya mendiang Kanang anak Langkau mohon maaf sekiranya dia ada terkasar kelakuan tidak elok dengan orang mewakili ayahlah”.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...