60 Pusat Kebajikan Terima Roti 1 Malaysia - pakdin.my

rosmah-roti-1malaysia60 pusat kebajikan akan menerima roti 1 Malaysia, dan pastri berkualiti, setiap Isnin hingga Jumaat.

Menurut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, usaha itu seiring dengan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang mahu kebajikan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan dijaga.

DATIN SERI ROSMAH MANSOR / ISTERI PERDANA MENTERI
“With the launch of the Roti 1 Malaysia programme, those who may not able to afford healthy meal, will now have regular access to high-quality bread and pastries. To be able to contribute to good meals for all is not just exemplary, it is visionary. Better food leads to better health and healthier nation leads to happier and prosper country”.

Beliau sebelum itu merasmikan ‘Persatuan Kebajikan Program Roti 1 Malaysia’ di ibu negara, siang tadi.

Program ini turut mengangkat, pereka kasut antarabangsa, Datuk Jimmy Choo sebagai duta.

Badan ini akan mengumpulkan roti dan pastri dari hotel-hotel dan kedai roti, sebelum diedarkan oleh sukarelawan ke pusat kebajikan tepilih sekitar Lembah Klang.

Setakat ini, 14 hotel dan 11 kedai roti telah menyertai program ini.

Sejak tempoh percubaan dari Ogos 2011 sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 1.2 juta keping roti telah diedarkan kepada 60 pusat kebajikan.

Ia akan diperluaskan ke Kedah dan Perak dalam tempoh terdekat.

UTAMABERITA60 Pusat Kebajikan Terima Roti 1 Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium