UtamaPOLITIKDeepak: Buku Black Rose...

Deepak: Buku Black Rose Hanya Fiksyen, Tiada kaitan Dengan Rosmah - pakdin.my

msg deepakDeepak Jaikishan dalam satu mesej SMS yang dihantarnya kepada editor-editor portal internet telah menafikan pembabitannya dengan penerbitan sebuah ceritera berjudul Black Rose 1.0.

Katanya, “Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan dan bukannya versi karangan saya, sila padamkan nama saya daripadanya.”

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum kelihatan mana-mana portal milik pembangkang menyiarkan penafian saudagar karpet yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah institusi kewangan antarabangsa itu.

Berkemungkinan besar keengganan media dan portal pro PR menyiarkan penafian Deepak bertujuan untuk mengelakkan hilangnya kredibiliti mereka di mata para pembaca yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong pakatan pembangkang.

Apatah lagi beberapa hari sebelumnya merekalah yang beriya-iya benar mempromosikan penerbitan ceritera e-book tersebut.

Dari segi taktikal strategi langkah media dan portal pro PR itu boleh dikira betul, namun jika diambil kira dari aspek ketelusan dan etika kewartawanan, ia jelas memperlihatkan betapa laungan kebebasan media yang sering dilaungkan hanyalah temberang dan propaganda politik sahaja.

Apabila kita membaca e-book The Black Rose 1.0 sebenarnya saling tak berbeza seperti membaca sebuah cerita rekaan berbentuk fiksyen yang menggambarkan imaginasi si penulisnya yang cuba melayang ke awan tapi tak kesampaian.

Mengikut hebahan awal oleh portal pro PR, ceritera e-book Black Rose ini kononnya bakal menceritakan plot hubungan rapat Deepak dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kaitannya dengan P.I Bala dan Altantuya.

Promosinya gempak siap manipulasi nama PM dan isteri, maka berangan-anganlah para penyokong PR membayangkan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam mengubah akuan bersumpah PI Bala dan pembunuhan Altantuya.

Namun bila terbit sahaja e-book tersebut, hancur luluh para penyokong pembangkang membacanya, tiada satu pun kaitan nama PM mahupun isteri yang kelihatan dari awal hingga habis cerita. Tipah tertipu.

Ketidakyakinan si penulis terhadap penceritaannya sendiri jelas sangat kelihatan apabila watak yang ditampilkan hanya menggunakan nama samaran, tiada satu pun nama betul yang berani disebut secara teranga-terangan.

Setidak-tidaknya tulislah nama watak yang betul, sekurang-kurangnya tidaklah nampak sangat temberangnya cerita fiksyen itu. Macam ini punya karya sampah macam mana nak lawan karya cereka garapan oleh penulis imaginasi fiksyen terkenal Raja Petra Kamaruddin?

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...