Rangka, Tengkorak Manusia Dengan Kesan Terbakar Ditemui Di Subang Bestari - pakdin.my

mayat-kesan-terbakar=subang-bestari 4

mayat-kesan-terbakar=subang-bestari 1PETALING JAYA, 8 JanĀ  — Satu rangka manusia dengan tengkorak, badan dan kaki dipisah-pisahkan serta mempunyai kesan bakar ditemui di tapak pembakaran sampah di kawasan projek perumahan banglo di Laman Permai, Subang Bestari Selasa.

Ketua Polis Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata rangka itu ditemui seorang pemaju perumahan kawasan berkenaan yang melalui kawasan itu.

Siasatan awal mendapati sebahagian daripada badan dan kaki ditemui masih mempunyai daging dengan kesan gigitan binatang, katanya ketika ditemui di tempat kejadian dekat sini.

“Kita percaya mangsa kemungkinan dibunuh dan dibakar di situ sejak tiga hari lepas.

“Kita juga menjumpai pakaian serta kasut milik mangsa yang separuh terbakar dan ia dipercayai milik seorang lelaki dewasa,” katanya.

UTAMABERITARangka, Tengkorak Manusia Dengan Kesan Terbakar Ditemui Di Subang Bestari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium