Rosmah Edar 2,000 Botol Air Minuman Di Flat Sri Melaka - pakdin.my

rosmah sumbang air minuman cheras

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat menyertai program mengedar kira-kira 2,000 botol air minuman enam liter kepada penghuni Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak di sini yang mengalami masalah gangguan bekalan air sejak dua minggu lepas.

Program itu turut disertai Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, bersama-sama lebih 50 anggota Pandu Puteri cawangan Wilayah Persekutuan.

Ketika berucap, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia berharap semua pihak, tanpa mengira idealogi politik dan bangsa perlu sentiasa membantu masyarakat.

Beliau turut mengesa lebih banyak badan korporat, tampil memberi sumbangan dan membantu masyarakat yang mengalami masalah seumpama itu.

“Saya dimaklumkan ramai penghuni warga emas di flat ini dan mereka tinggal di tingkat empat, sudah tidak mampu untuk angkat air,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Datuk Ruslan Hassan.

UTAMABERITARosmah Edar 2,000 Botol Air Minuman Di Flat Sri Melaka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium