Kenderaan JPJ Di Bakar Angkara Tonto - pakdin.my

kenderaan jpj dibakar angkara tontoTonto dipercayai menjadi dalang kejadian serangan dan bakar kenderaan rasmi JPJ di Air Tawar, Manjung, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Manjung, DSP Ahmad Mat Isa, tindakan itu dipercayai kerana kumpulan berkenaan berang selepas urusan mereka diganggu pihak berkuasa.

DSP AHMAD MAT ISA/TIMBALAN KETUA POLIS MANJUNG.
“Saya juga telah pun mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat dan juga pegawai-pegawai di daerah ini untuk terus memantau keadaan di tempat kejadian dan juga dalam masa terdekat ni kita akan buat tangkapan. Kita telah pun mengenalpasti semua pelaku-pelaku yang terlibat di dalam memusnahkan kenderaan JPJ”.

Tonto berkenaan dipercayai mengawasi lori membawa kelapa sawit yang membawa lebih muatan.

Sehingga petang semalam polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes yang berlaku di kilometer 12 jalan Ipoh-Lumut Perak itu.

Dalam kejadian itu sebuah lori kelapa sawit merempuh kenderaan JPJ yang berhenti di lampu isyarat.

Lapan lagi kenderaan turut terlibat.

Beliau turut mengesahkan 4 mangsa dihantar ke Hospital Manjung, manakala 11 lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar.

kemalangan jalan ayer tawar jpj  (3)

UTAMABERITAKenderaan JPJ Di Bakar Angkara Tonto

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium