Ngeh Perlu Beri Bukti Kukuh Dakwa JPJ Penyebab Kemalangan – Kong

kemalangan jalan air tawar jpj 6PUTRAJAYA, 17 Jan  — Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham perlu memberikan bukti kukuh berhubung dakwaannya terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kemalangan membabitkan kenderaan JPJ Seri Manjung di Sitiawan, Perak Jumaat lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata perbuatan Ngeh itu tidak bertanggungjawab kerana melemparkan tuduhan yang belum disahkan ke atas pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas.

Ngeh dengan sendirinya perlu memberi keterangan kepada polis Perak dan mengemukakan bukti kukuh yang dilemparkan kepada pegawai JPJ yang didakwa merentasi pembahagi jalan sehingga mengakibatkan kemalangan itu, kata Kong dalam kenyataan di sini Khamis.

Pada 11 Jan lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sitiawan didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya iaitu: “(kenderaan) JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang).

Semalam Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak menolak kemungkinan memanggil Ngeh memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman twitternya itu bagi membantu dan menambah baik siasatan polis.

Kong berkata sekiranya dakwaan itu tidak benar, Ngeh perlu memohon maaf kepada JPJ.

“Hasutan meminta rakyat tidak perlu mematuhi undang-undang jika pihak berkuasa tidak mematuhi undang-undang adalah tidak adil. Adakah beliau menyarankan setiap orang menyalahi undang-undang dan peraturan?,” katanya.

Beliau berkara hasutan seperti itu tidak profesional dan perlu dihentikan untuk mengelakkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat, sekali gus boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini.

“Kita mahu memastikan Malaysia dalam keadaan aman dan harmoni serta tidak dirosakkan oleh tuduhan beremosi dan tidak berfakta dari pihak tidak bertanggungjawab,” kata Kong.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...