Harun Din Akan Pertahankan Kalimah Allah Sehingga PRU Sahaja?

Isu Kalimah Allah Dan BibleApabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya. Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal. Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai. Malah, Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran. Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat. Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS. Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung. Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi. Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS. Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.

Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya. Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian. Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri, sepertimana hadith berikut:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun...

Anwar masih ulang propaganda...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

Akar umbi UMNO sebulat...

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan...

Nasib MN di Selangor,...

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS...

Keluar Sarawak atau lupakan...

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...