Ibu Bapa William Tiba Di HTAR Klang Membantu Mengenal Pasti Mayat Kanak-kanak Yang Ditemui Di Jeti Sungai Sireh - pakdin.my

William Yau Zhen Zhong2Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak berusia enam tahun yang hilang sejak 16 Januari lalu, tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Mereka tiba bagi membantu mengenal pasti identiti mayat kanak-kanak yang ditemui di jeti Sungai Sireh pada petang Khamis dan diiringi polis ke bilik mayat hospital tersebut.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

“Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

“Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh,” katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ.

UTAMABERITAIbu Bapa William Tiba Di HTAR Klang Membantu Mengenal Pasti Mayat Kanak-kanak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium