Perkasa Buat Laporan Polis Dakwa Kenyataan Ibrahim Ali Diputar Belit - pakdin.my

Penyebaran risalah diluar kawasan sekolah di Pulau Pinang
Penyebaran risalah diluar kawasan sekolah di Pulau Pinang

SHAH ALAM, 25 Jan  — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Jumaat membuat empat laporan polis selepas mendakwa kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible diputar belit oleh beberapa pihak.

Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan pihak terbabit termasuk seorang peguam dalam sebuah laman portal berita yang didakwa menyeleweng daripada kenyataan sebenar Ibrahim.

“Kami meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan yang mencetuskan provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dibangkitkan oleh presiden Perkasa,” katanya.

Beliau bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Ibrahim sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta supaya Bible versi bahasa Melayu yang ada kalimah Allah dibakar sambil menyifatkannya sebagai tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab.

UTAMABERITAPerkasa Buat Laporan Polis Dakwa Kenyataan Ibrahim Ali Diputar Belit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium