Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal - pakdin.my

Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

“Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

“Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain,” katanya.

Diwaktu yang sama Nasharudin Mat Isa Di Gugurkan Dari Majlis syura PAS Kerana Hendak Menjaga Hati DAP

nik aziz sambut harilahir dirumah karpal

UTAMAPOLITIKNik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium