Sunday, July 21, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

@NajibRazak Luang Masa Meriahkan Acara Pelancaran My Beautiful Malaysia - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak(tengah) disambut orang ramai ketika hadir pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petalin Jaya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak(tengah) disambut orang ramai ketika hadir pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petalin Jaya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersalaman dengan pelajar-pelajar sekolah pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersalaman dengan pelajar-pelajar sekolah pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan

PETALING JAYA  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa memeriahkan beberapa aktiviti sempena pelancaran My Beautiful Malaysia bersama penduduk di Kampung Taman Medan di sini.

Ketibaan Najib di Padang Taman Medan Cahaya disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta penduduk setempat.

Najib turut bersarapan bersama pemimpin Umno dan Barisan Nasional Selangor sebelum menyusun bata di Surau At-Taufiqiyyah bagi projek pembinaan bangunan tambahan surau itu.

Perdana Menteri turut menyertai acara gotong royong mengecat bangunan Sekolah Menengah Taman Medan bersama warga tempatan Kampung Medan selain menanam pokok buah-buahan di kawasan tapak acara bersama sukarelawan My Beautiful Malaysia.

+++++

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Nilai, Budaya Dan Sikap Masyarakat – PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa adalah penting untuk menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada sistem, nilai, budaya dan sikap masyarakat.

Beliau berkata lagi kukuh nilai, budaya dan sikap masyarakat, maka ini lebih menjamin kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan paling hebat di dunia.

“Kejayaan sesebuah negara tidak tertakluk semata-mata kepada bangunan pencakar langit, kemudahan asas, kilang berteknologi tinggi, peningkatan per kapita tetapi pada hakikatnya kita membina sebuah negara bangsa dan kita membina sebuah peradaban.

“Bila kita melihat dari sudut tersebut, maka transformasi sosial berdasarkan kepada perubahan dari segi sistem, nilai dan budaya keseluruhan kita termasuk sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor penting mengapa setengah negara lebih maju dan setengah negara kurang maju,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Taman Medan di sini, Ahad.

Sambil mengakui bahawa agenda transformasi sosial tidak semudah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik yang boleh dilihat dalam masa pendek, Najib berkata beliau yakin hasrat itu menjadi kenyataan sekiranya rakyat terus mempunyai semangat yang tinggi dan mahu merubah sikap yang tidak baik kepada lebih baik.

“Ini semua boleh kita lakukan untuk mencapai apa yang saya harapkan yakni perubahan kepada diri kita sendiri kerana bila kita sebut tentang nilai, budaya ia adalah sesuatu kepada diri kita, pada tubuh badan kita.

“Kalau ini kita dapat meresap dalam lubuk hati dan jiwa, kita sebatikan seolah-olah darah daging kita, bangsa Malaysia tetap akan berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa syukur dan yakin dengan golongan orang muda di Malaysia yang boleh diharapkan untuk menggerak negara pada masa depan.

Katanya, jika tenaga orang muda dapat dihalakan secara konstruktif dan positif tentu sekali Malaysia akan membangun dengan lebih hebat dan berjaya lagi.

“Alhamdulillah, orang muda di Malaysia adalah merupakan orang-orang muda yang bertanggungjawab, ada rasa kebertanggungjawaban yang tinggi bahawa mereka tidak mahu terpinggir daripada memainkan peranan.

“Mereka tidak mahu melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan negara seperti mengadakan demonstrasi jalanan ataupun tidak menghormati undang-undang negara ataupun melakukan apa saja yang boleh merosakkan asas kejayaan negara dan merosakkan perpaduan negara,” katanya.

Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak memperlekeh negara dan menidakkan apa yang telah dikecapi sehingga kini.

“Malaysia memang beautiful (cantik) tapi kita boleh jadikan Malaysia lebih beautiful dengan semangat kesukarelawan sebagai pemangkin kepada perubahan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melancarkan dana sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) untuk membantu sukarelawan di seluruh negara.

Katanya, satu stesen radio 1M4U turut akan dilancarkan tidak lama lagi menghubungkan kerajaan dan golongan belia dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

“Saya juga berharap ikon-ikon 1M4U boleh memainkan peranan kerana mereka role model (contoh ikutan) kepada orang muda, di mana orang muda lihat kepada mereka dan kejayaan mereka sebab anda juga boleh berjaya,” katanya.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

[VIDEO] 18 rumah musnah terbakar di Kuala Abai, Kota Belud

KOTA BELUD: Lebih 200 penduduk membabitkan 42 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 18 rumah di Kampung Kuala Abai, di sini, terbakar.

[VIDEO] Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan di lapan lokasi

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing dalam satu Operasi Khas pada 4 Julai 2024 di lapan lokasi berasingan

[VIDEO] Banjir di Penampang: Mayat wanita ditemui dipercayai lemas

Seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan maut dipercayai lemas dalam kejadian banjir di Penampang pagi ini, setelah hilang dihanyutkan arus deras malam tadi 30 Jun 2024.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

[VIDEO] Bom kereta di flat polis Bannag Sata ‘melemahkan rundingan damai’

Seorang ahli akademik di Yala telah mengkritik apa yang dikatakannya sebagai kemajuan yang lembap dalam rundingan damai di Selatan Selatan berikutan letupan bom kereta di luar rumah pangsa polis di wilayah sempadan selatan ini pada 30 Jun 2024.

[VIDEO] Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata

Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata, Wilayah Yala, Selatan Thailand menyebabkan 16 orang cedera dan seorang maut.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: