Fokus PRU13: BN Tiada masalah kekal kerusi Dun Hulu Bernam - pakdin.my

Beliau berkata, siapa pun calon yang ditentukan Presiden Umno untuk bertanding pada PRU13 wajib diberi sokongan sepenuhnya dan memastikan kemenangan calon tersebut.

Menurutnya, walaupun beliau tidak dipilih untuk menjadi calon, matlamat yang diletakkan adalah untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Hulu Selangor dan ketiga-tiga Dun termasuk mendapatkan semula negeri Selangor.

hulu bernam 2HULU BERNAM (Sinar Harian) – Melihat kepada purata jumlah undi menerusi beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) bermula tahun 1999, diikuti tahun 2004 dan pada 2008, dapat disimpulkan bahawa rakyat di Dun Hulu Bernam masih kekal menyokong Barisan Nasional (BN).

Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar Berkata, dalam tempoh tiga penggal pilihan raya itu beliau yang mula menyandang kerusi Dun Hulu Bernam menghadapi suasana politik dua musim.

Menurutnya, berlaku beberapa pecahan sokongan melibatkan Melayu, Cina dan India sehingga berlaku kemerosotan undi di beberapa kawasan bukan saja dalam kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi di seluruh negara.

“Pada tahun 1999, ketika itu Umno dilanda krisis di atas pemecatan Timbalan Perdana Menteri yang memperlihatkan sokongan orang Melayu pecah dua.

“Banyak kawasan di seluruh negara yang undi merosot, walaupun kita menang tapi banyak undi-undi yang merosot di Selangor. Malahan, pada ketika itu pembangkang pun ada menang beberapa kerusi. Namun, di Dun Hulu Bernam masih kekal dengan majoriti 4,320 sokongan Umno,” katanya.

Katanya, pada PRU 2004, beliau sekali lagi dicalonkan di kerusi Dun Hulu Bernam dan memenanginya dengan sokongan terus meningkat dengan majoriti ketika itu 6,551.

hulu bernam 1Menurut beliau, pada 1999 sokongan Melayu terbahagi dua tetapi kaum Cina dan India dilihat masih memihak kepada BN dan sokongan tersebut berubah di mana Melayu, Cina dan India kembali semula pada 2004.

Beliau berkata, jumlah sokongan kekal positif dan memihak kepada beliau sekali lagi sebagai Adun untuk penggal ketiga berturut-turut pada PRU12 dan memperoleh kemenangan dengan majoriti 3,549 yang merupakan majoriti kedua tertinggi di Selangor pada PRU 2008 walaupun pecahan sokongan daripada masyarakat India dan Cina pula jatuh merudum.

“Jadi maknanya, dalam Dun Hulu Bernam kita yakin dapat mengekalkan sokongan dan majoriti yang banyak pada PRU13.

“Mungkin kita rasa boleh tambah sedikit apabila masyarakat India nampaknya sudah kembali menyokong kerajaan ini dan mungkin majoriti itu boleh bertambah kepada 4,000,” katanya.

Tidak bimbang pengundi atas pagar…Meskipun wujud dakwaan peningkatan pengundi atas pagar di daerah Hulu Selangor, namun sedikit pun tidak membimbangkan BN.
Malah, golongan pengundi tersebut diyakini memihak kepada BN berikutan transformasi yang berjaya dilaksanakan.

Bagi Mohamed Idris, bilangan pengundi atas pagar di Dun Hulu Bernam sangat minima.

“Di Hulu Bernam, tidak ada pengundi ‘kelabu’ ini dan berdasarkan kajian dilakukan Pergerakan Wanita Umno sendiri bilangannya sangat minima. Kita tahu yang hitam dan putih saja ada di sini.

“Di sini suasana kampung dan rata-rata mengikut rentak kampung. Walaupun di dalam Felda kawasan kebun dan masyarakat peneroka tidak lagi bekerja di kebun tetapi sebahagian besar generasi kedua bekerja di kebun. Jadi kita tidak bimbang mengenai pengundi atas pagar (di Dun ini),” katanya

Sokongan peneroka kekal

Sokongan masyarakat Felda terhadap BN juga disifatkan bertambah kukuh tambahan pula kerajaan telah memberikan durian runtuh kepada seluruh peneroka dan generasi Felda.

Mohamed Idris menganggap Felda adalah kubu kuat BN dan menjadi penyumbang utama kemenangan di Dun Hulu Bernam.

“Jika sebelum ini, peneroka tanah rancangan ini berada di luar dengan bebanan besar, namun bila kembali menyertai Felda kehidupan mereka berubah.

“Segala berubah dengan taraf kehidupan semakin baik dengan pendapatan purata RM1,200 hingga 1,500 sebulan.” Katanya.

Menurutnya, nikmat dirasai warga Felda berterusan di tambah lagi dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Namun, katanya berbeza dengan masyarakat di kawasan bandar kerana banyak pengaruh terutama daripada luar Hulu Bernam iaitu di sekitar kawasan Tanjung Malim, Perak.

Bagaimanapun, kesan yang terima tidak begitu besar dan kematangan rakyat menepis segala pengaruh yang datang.

Sebagai Pengerusi BN Hulu Selangor, Mohamed Idris merasakan tanggungjawabnya amat besar dalam memastikan kemenangan kepada BN Hulu Selangor pada PRU13 akan datang.

Beliau bertanggungjawab dalam menentukan calon terbaik dan yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan untuk menyaingi pihak lawan dan menang dalam pertarungan.

“Saya memikul tanggungjawab ini sebab saya ketua parti, komandernya di Hulu Selangor ini, jadi saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.

“Kalau tidak ada tanggungjawab ini, mungkin saya tidak perlu buat semua ini. Tapi saya ada tanggungjawab yang besar terhadap parti,” katanya.

Beliau berkata, siapa pun calon yang ditentukan Presiden Umno untuk bertanding pada PRU13 wajib diberi sokongan sepenuhnya dan memastikan kemenangan calon tersebut.

Menurutnya, walaupun beliau tidak dipilih untuk menjadi calon, matlamat yang diletakkan adalah untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Hulu Selangor dan ketiga-tiga Dun termasuk mendapatkan semula negeri Selangor.

Pengunduran Adun beri kesan

Mohamed Idr is turut mengakui keadaan jentera parti khususnya di Dun Kuala Kubu Bharu sedikit tergugat susulan tindakan Adunnya, Wong Koon Mun mengundur diri daripada pencalonan pada PRU13.

Menurutnya, sokongan masyarakat terutama kaum Cina di kawasan tersebut sudah dapat dilihat, tetapi pengumuman pengunduran itu memberi impak yang jelas.

“Saya rasa ada sedikit gangguan kepada jentera parti kerana maklumlah orang ada penyokong dan sebagainya.

“Tapi kita ada masa yang cukup untuk pulihkan semula. Kita harap, beliau umumkan untuk tidak bertanding itu bukan bermakna beliau melepaskan tanggungjawab. Jika itu berlaku memang parah memandangkan beliau Ketua MCA Bahagian Hulu Selangor,” katanya.

UTAMAPOLITIKFokus PRU13: BN Tiada masalah kekal kerusi Dun Hulu Bernam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium