MT Umno Lantik Pemantau Untuk Elak Sabotaj Parti Menjelang PRU-13 - pakdin.my

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) kelihatan ceria ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) kelihatan ceria ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno akan melantik seorang pemantau daripada tujuh perwakilan di setiap bahagian di seluruh negara bagi memantau disiplin ahli parti di bawah jawatankuasa disiplin parti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, individu yang dilantik adalah daripada kalangan ahli perwakilan Umno yang hadir pada Persidangan Agung Umno yang lalu.

“Kita akan maklumkan kepada bahagian, wakil jawatankuasa disiplin yang dilantik akan pantau dan buat laporan untuk pastikan perbuatan khianat daripada ahli parti dapat diambil tindakan dengan seberapa segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, setakat ini pihaknya telah menerima laporan audit daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan beliau telah berpuas hati dengan laporan berkenaan.

“BN berada pada peringkat bersiap sedia dan di peringkat akhir menyenaraikan nama-nama calon pada pilihan raya umum ke 13 (PRU-13) nanti.

“Kita harap usaha untuk memantapkan lagi kesiapsiagaan kita akan diteruskan melalui pimpinan negeri dan bahagian sehingga peringkat PDM, dan jawatankuasa disiplin pun boleh mulakan tugas mereka,” tambah Najib.

Jawatankuasa Disiplin Umno telah diperkenalkan mengikut fasal 10.15 selaras 20.3 dalam perlembagaan Umno bagi memantau dan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli parti yang melakukan khianat dan cubaan sabotaj terhadap parti

Majlis jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauden Tengku Ismail.

UTAMAPOLITIKMT Umno Lantik Pemantau Untuk Elak Sabotaj Parti Menjelang PRU-13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium