PM Minta Pembangkang Tidak Timbulkan Huru-hara Jika Tewas Dalam PRU-13 - pakdin.my

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) kelihatan ceria ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) kelihatan ceria ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menasihatkan pihak pembangkang agar tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) yang bakal diadakan nanti.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang perlu menerima keputusan PRU-13 itu nanti dengan terbuka dan menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

“Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.

“Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, Jumaat.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.

UTAMAPOLITIKPM Minta Pembangkang Tidak Timbulkan Huru-hara Jika Tewas Dalam PRU-13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium