Kerajaan Kedah Sengaja Bankrapkan KUIN

TUNTUTAN...Sebahagian daripada 200 kakitangan Kuin mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kampus di Alor Setar semalam.
TUNTUTAN…Sebahagian daripada 200 kakitangan Kuin mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kampus di Alor Setar semalam.

15 Januari lalu,. Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti. Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar.

Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah. Sedangkan, hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.

Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd. Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan.

Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.

Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri. Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah ‘lanjutan’ dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan. Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan kelam kabut.

Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya, Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak. Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.

Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan. Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria. Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan.

Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri.

Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda. Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.

Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. Namun, yang menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah, telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.

Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah ‘bertukar’ menjadi dewan kuliah dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar. Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah.

Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja. Oleh itu, kita dapat memahami kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan?

Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta? Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal? Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan?

Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan? Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini?

Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi...

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada...

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama...

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...