Inkues Kematian William Yau Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya Rabu Ini - pakdin.my

William Yau Zhen Zhong
William Yau Zhen Zhong

KUALA LUMPUR  — Prosiding inkues berhubung kematian William Yau Zhen Zhong akan bermula di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu ini.

Perkara ini dimaklumkan kepada Bernama oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata siasatan kes itu telah selesai dan 54 saksi dipanggil untuk dirakam percakapan.

William, 6, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya, yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Jan, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal DNA oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki itu adalah William.

UTAMABERITAInkues Kematian William Yau Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya Rabu Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium