Mayat Claudia Tiba Ditanah Air

claudia-theophilusSEPANG: Mayat penerbit portal Bahasa Inggeris Al-Jazeera, Claudia Theophilus tiba di tanah air pada malam Sabtu, genap seminggu selepas dia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan.

Mayat mendiang tiba dengan penerbangan EK342 Emirates Airlines pada pukul 9.40 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mayat Claudia segera di bawa pulang ke rumah keluarga mendiang di Taman Desa Kepayang di Seremban.

Adik Claudia, Dora yang tiba lebih awal dari Lubnan berkata, keluarganya sangat bersyukur dan merakamkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Lubnan, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan Al-Jazeera yang banyak membantu mereka.

Sambil membaca kenyataan yang disediakan, Dora turut menggesa pihak berkenaan menghentikan spekulasi berhubung punca kematian kakaknya kerana siasatan masih lagi dijalankan.

“Bagi mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada kakak saya boleh berbuat demikian pada tengah hari esok di rumah keluarga kami.

“Majlis pengkebumian akan diadakan pada pukul 10 pagi Isnin di Gereja Visitation di Seremban,” katanya pada sidang media di sini malam Sabtu.

Dia bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh wartawan kepadanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengetuai misi untuk membawa pulang mayat Claudia berkata fakta yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa Lubnan menunjukkan kematian mendiang disebabkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Khairun berkata Claudia sedang memegang senapang angin ketika duduk di luar rumah keluarga kawannya yang dikenali sebagai Nabil pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lubnan pada 2 Februari lalu.

“Apabila kawannya keluar dari rumah, dia cuba mengambil senapang itu dan cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut. Ketika itulah satu das tembakan dilepaskan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di KLIA.

Khairun berkata pihak berkuasa Lubnan masih lagi menahan Nabil bagi meneruskan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan bahawa majikan mendiang, Al-Jazeera menanggung semua kos membawa pulang mayat mendiang Claudia ke tanah air, sementara biro Pemuda Umno membayar kos logistik bagi keluarga mangsa.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...