Agenda Besar & Operasi Rahsia DAP Didedah !

Jafrei Nordin
Jafrei Nordin

AIDCNews  – Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.

Jefrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.

Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.

“Saya tahu di mana mereka mengadakan mesyuarat rahsia untuk mengenal pasti dan memilih calon-calon untuk bertanding di Selangor dan Perak,” katanya pada sidang akhbar di mana beliau telah diiringi oleh Ahli Parlimen bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pendedahan terbaru itu sebagai menyokong kenyataan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan parti didominasi kaum Cina itu sedang memikat anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz bertanding dalam pilihanraya mewakili parti mereka.

Jafrei turut mendakwa terdapat tangan tersembunyi di portal Malaysiakini dan media lain pro Pakatan untuk melemahkan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO, dalam usaha untuk menggagalkan perpaduan kepimpinan Melayu.

Beliau berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa adalah salah seorang mangsa operasi tersebut.

Dedahnya lagi, pada Pilihanraya Umum ke-13 ini, DAP percaya bahawa Barisan Nasional akan dapat dikalahkan sekaligus akan meruntuhkan konsep politik ketuanan Melayu, dan peranan UMNO itu akan diganti dengan Pas.

“Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat Selangor.

“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,” katanya.

Beliau berkata DAP mempunyai sumber dana yang tidak terhad untuk meneruskan agenda dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan Pas untuk mengawal kerajaan negeri di semenanjung dan Sarawak.

“Saya menyeru kepada rakan-rakan Pas saya untuk berhenti menjadi bapa ayam DAP,” katanya. “Cukuplah cukup lah.”

Jefrei berkata, Ronnie Liu dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti ‘pak lawak” dan sering kali berseloroh serta bertanya kepadanya “bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh jokers

Menurutnya, Ronni Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

Beliau turut berkata beberapa pemimpin DAP yakin bahawa Anwar adalah lelaki dalam video seks China Doll dan Azmin Ali adalah lelaki dalam video “ais krim”.

“Saya bersedia untuk membuat satu akuan berkanun dan memberi keterangan di mahkamah untuk menyokong kenyataan saya,” katanya.

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun...

Anwar masih ulang propaganda...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

Akar umbi UMNO sebulat...

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan...

Nasib MN di Selangor,...

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS...

Keluar Sarawak atau lupakan...

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...