Kalimah Allah Isu Pakatan, Bukan KDN @nikabdulaziz @abdulhadiawang

hadi-awang-karpal-singh
AIDCNews – Dr Ismail Sualman, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata isu kalimah Allah adalah masalah Pakatan Rakyat dan bukannya masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana agensi kerajaan itu telah memutuskan kalimah itu tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Malah pihak Peguam Negara yang mewakili KDN juga membuat rayuan apabila keputusan mahkamah berpihak kepada pihak penuntut, Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.

Dr Ismail berkata tindakan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang adalah tidak bertanggungjawab apabila berusaha mengalih isu itu kepada pihak KDN.

“Jadi perkara ini tak timbul untuk diserahkan kepada KDN kerana pemimpin ini tahu bahawa ia memang tidak boleh digunakan oleh mana-mana kecuali untuk orang Islam.

“Mereka ni akan baling batu sembunyi tangan, bila ada masalah mereka akan serah kepada kerajaan atau kepada kementerian tertentu sedangkan yang mewujudkan atau yang mengeruhkan keadaan adalah rakan dalam Pakatan (Rakyat),” katanya kepada Antarapos.

Minggu lalu, Hadi berpendirian bahawa pihak Pas tidak membawa keputusan Majlis Syura Ulama yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kepada Majlis Pakatan, walaupun sebelum ini, pada 8 Januari beliau dilaporkan bersetuju dengan keputusan Pakatan membenarkan kalimah itu untuk bukan Islam.

Ketika diajukan soalan lanjut, Hadi menepis pula persoalan itu kepada pihak KDN.

“Sepatutnya soalan ini dikemuka kepada KDN, kerana hak membenarkan kalimah Allah di dalam Bible ini adalah dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Yang menentukan untuk cetak dan seumpamanya bukannya kami, kerana kami tidak memerintah lagi, kenapa heret kami dalam perbincangan ini?” katanya walhal isu tersebut dibangkitkan oleh rakan komponen DAP dalam ucapan bersempena Hari Krismas pada Disember tahun lalu.

Menurut Ismail, isu yang dibangkitkan oleh DAP itu sepatutnya diselesaikan oleh parti-parti dalam Pakatan secara berhemah dan bukannya berusaha untuk lepas tangan.

“(Ini) masalah dalaman parti, mereka yang berpolemik jadi selesaikanlah masalah itu sebaik mungkin. Sejauh mana Nik Aziz dan juga presiden PAS boleh menutup mulut Karpal dan juga Guan Eng.

Kalau mereka mendakwa mereka itu sepakat, saya rasa isu-isu ini boleh diselesaikan secara dalaman tak perlu melibatkan parti atau agensi lain,” katanya lagi.

Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit Ghazali dilaporkan Antarapos turut bersetuju sikap lepas tangan Hadi dengan menuding jadi kepada KDN tidak akan menyelesaikan polemik dalaman Pakatan berhubung isu tersebut.

“Hadi telah memerangkap dirinya sendiri dengan bermain politik dengan satu isu yang tidak sewajarnya dipolitikkan.

“Kalau dia tidak mahu dengar dari orang lain pun paling tidak pun dia kena dengar apa yang ditegaskan oleh Majlis Ulama Syura PAS yang telah menolak pendirian yang Hadi telah umumkan bersama dengan pemimpin-pemimpin Pakatannya.

“Bila dia sedar ini sudah menyentuh isu besar, maka sebagai seorang ahli politik mudahlah dia untuk melepaskan tangan tetapi kalau dia lepaskan tangan ibarat ‘meludah ke langit kena muka sendiri.

“Kerana dia menghina Majlis Syura Ulama PAS sendiri dan ini saya rasa masyarakat tidak dapat terima apabila presiden parti Islam menolak tunggak Islam itu sendiri maka apakah Islam yang masih tinggal lagi dalam PAS,” katanya ketika dihubungi.

Aidit menambah, Hadi sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam seharusnya lebih arif tentang tanggungjawab terhadap agama tanpa mengutamakan kepentingan kuasa politik semata-mata.

Sehubungan itu Aidit merumuskan PAS telah berjaya mencerminkan sikap munafik parti itu sebelum berjaya menjadi sebuah kerajaan dalam Pakatan Rakyat kelak.

“Mereka cakap kita mesti kembali kepada Al-Quran dan sunnah tetapi mereka sendiri memperkotak-katikkan sunnah dan Al-Quran…ini sudah ada sifat-sifat munafik.

“Dia kena faham betul-betul bertanggungjawab dengan Allah bukan Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng atau mana-mana manusia sekalipun,” jelas Aidit.

Sehubungan dengan itu Aidit menasihatkan Hadi supaya mengubah semula kenyataan yang telah diumumkan bersama Pakatan Rakyat.

Isu ini yang sekara ini bukan lagi isu antara parti politik, ia menjadi isu negara, isu nasional melibatkan perlembagaan persekutuan, kedudukan raja-raja melayu, kedudukan Fatwa yang telah ditetapkan di negeri-negeri yang menjadi undang-undang.

“Saya punya nasihat kepada Haji Hadi kalau betul dia orang beriman, takut kepada dosa, kalau betul dia hendak berdiri depan padang Masyhar kelak paling tidak dia kena tarik pendirian yang telah dia umumkan bersama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun...

Anwar masih ulang propaganda...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

Akar umbi UMNO sebulat...

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan...

Nasib MN di Selangor,...

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS...

Keluar Sarawak atau lupakan...

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...