Melayu hilang kuasa politik akibat gila kuasa – Dr Mahathir - pakdin.my

马哈迪在除夕时开讲再次语惊四座,也促请公眾让国阵重新贏得国会2/3优势。CHERAS : Sikap mementingkan jawatan mengakibatkan Melayu, yang meliputi 60 peratus jumlah rakyat Malaysia hilang kuasa politik, menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana menurut beliau, Melayu kini telah terbahagi kepada tiga kelompok iaitu yang menyokong Umno, PKR dan PAS.

“Sistem demokrasi bermakna bilangan yang terbesar yang akan menguasai..yang akan membentuk kerajaan. Dan kita tentukan bilangan orang Melayu lah yang terbesar sekali dalam negara kita. Tetapi kita tidak bijak..setelah kita dapat senjata ini, kita berebut-rebut nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya lagi, perpecahan yang berlaku itu telah mengakibatkan parti-parti dominasi Melayu kini terpaksa mengemis mendapatkan sokongan untuk memenangi pilihan raya memandangkan mereka kini telah menjadi minoriti.

“Orang lain tepuk tangan pasal kita berkelahi sesama kita, pecah diri kita, jadi lemah dan akhirnya kembali menjadi pengemis kerana kita perlukan sokongan dari orang lain kalau nak menang pilihan raya,” katanya lagi.

Apa yang lebih dikhuatiri katanya, ia berlaku di saat masyarakat Melayu di negara ini masih lagi jauh ketinggalan di belakang kaum-kaum lain dari segi penguasaan ekonomi.

“Sekarang ini kita sudah hilang kuasa politik…dan sekarang ini kita belum sampai tahap kita kuasai ekonomi.

“Kita masih lagi ketinggalan..dulu kita ada kuasa politik. Masa kita lawan dengan British dulu, orang Melayu semua bersatu padu tak kira dari aliran apa,” jelas beliau.

“Dalam Umno dulu kita tak kira awak sekolah Melayu kah, sekolah Inggeriskah, sekolah agamakah..tiada sesiapa yang berkata kami adalah ulama, kami tak boleh bersatu dengan orang daripada sekolah Inggeris..tiada..Kita bersatu..dengan kita bersatu itu maka kita dapat menguasai keadaan dan menewaskan British,” ujar beliau.

Namun begitu katanya, budaya tersebut sudah kian pupus terutamanya di dalam Umno sendiri apabila masing-masing berebut untuk menjadi wakil rakyat sehingga timbulnya budaya cantas-mencantas di kalangan mereka.

“Tetapi bila ada dapat peluang nak jadi Yang Berhormat (YB), masa itu berebut-rebutlah..semua nak jadi YB..

“Calon-calon yang anggap diri mereka layak jadi calon dalam bahagian-bahagian, bila Datuk Seri Najib tentukan orang ini, dia kata tak kena itu..itu bukan winnable..saya yang winnable..

“Tengok, dia nanti kalah..dia kalahlah pasal kita cantas. Tapi kalau kita jadi calon pun, orang itu pula cantas, kita kalah. Siapa menang? Parti lawan menang..Pasal apa? Pasal kita cantas..” jelas beliau yang merupakan Perdana Menteri paling lama mentadbir Malaysia.

Justeru apa yang penting katanya ialah supaya tidak terlalu mengikut emosi dan perasaan sehingga boleh merugikan masa hadapan bangsa Melayu.

UTAMAPOLITIKMelayu hilang kuasa politik akibat gila kuasa - Dr Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium