UtamaPOLITIKPembekuan Capex Kepada Syabas...

Pembekuan Capex Kepada Syabas Satu Penganiayaan Kepada Rakyat - pakdin.my

syabas-12-3SHAH ALAM  — Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membekukan perbelanjaan modal (capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dari tahun 2008 sehingga sekarang adalah satu penganiayaan kepada rakyat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Beliau berkata Syabas juga dianiaya kerana kerajaan negeri bukan sahaja bersikap lepas tangan ketika Selangor diancam krisis bekalan air tetapi juga menafikan kelulusan untuk syarikat itu mencari pembiayaan sama ada daripada sumber dalaman atau luar seperti bank komersil.

Namun, katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki sistem pembekalan air di Selangor baru-baru ini, ia ditohmah pula sebagai usaha menyelamatkan syarikat kroni.

“Kenapa kerajaan negeri tidak mengeluarkan apa-apa pun bantuan dalam menangani krisis air di Selangor? Mereka hanya bercakap, mengkritik, melemparkan tuduhan sama ada kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Syabas tetapi tidak menghulurkan apa juga bentuk bantuan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mempersoal kenapa kerajaan Selangor sehingga hari ini bersikap lepas tangan dan menyalahkan Syabas sepenuhnya sedangkan tanggungjawab menyediakan air bersih jelas terletak pada kerajaan negeri bukan Syabas sepenuhnya.

Sulaiman menjelaskan Syabas hanyalah syarikat yang mengedarkan air terawat yang dibeli daripada syarikat-syarikat yang memproses air mentah dan adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor untuk memastikan air yang diproses dan kemudiannya dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

“Jadi saya tak nampak kenapa peruntukan RM120 juta ini nak dijadikan isu sedangkan dalam waktu yang sama mereka tidak menyumbang apa-apa pun bagi mengatasi masalah air yang sedang berlaku di Selangor.

“Inilah persoalan yang saya nak beritahu kepada Menteri Besar dan rakyat negeri Selangor. Kita kena tengok dalam keadaan ini, kerajaan negeri hanya nak mempolitikkan isu air ini, dengan harapan dapat membina satu persepsi yang buruk kepada kerajaan Persekutuan, kepada Syabas,” katanya.

Beliau menggesa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar bersama-sama bertanggungjawab dalam soal krisis air di negeri ini dengan menarik balik arahan pembekuan perbelanjaan modal untuk membolehkan Syabas beroperasi tanpa gangguan politik.

Ditanya mengenai contoh penganiayaan yang dimaksudkan, Sulaiman berkata Syabas sepatutnya sudah dapat menggantikan 2,000km paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW) seperti yang dikehendaki dalam perjanjian konsesi namun hanya berupaya menggantikan 800 km paip ekoran pembekuan itu.

“Akhirnya, banyak air yang hilang sewaktu penghantaran, sama ada paip bocor atau melalui kecurian. Dalam isu NRW ini, kalau betul kerajaan negeri tak nak jadikan isu politik, sepatutnya mereka dah tarik balik pembekuan capex ini.

“Rakyat pada keseluruhannya amat dukacita kerajaan Selangor nampaknya melepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Syabas. Itu sahaja yang mereka mampu buat dalam keadaan krisis air,” katanya.

Beliau juga berkata Abdul Khalid sepatutnya turun padang sendiri bagi merasai kesengsaraan rakyat yang menghadapi masalah bekalan air seperti yang melanda banyak kawasan di Ampang dan Pandan bulan lepas terutama mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...