Pembinaan Masjid Bukan Semata-Mata Janji Tetapi Tanggungjawab Kerajaan Pusat – Mustapha

tokpa-awgadekKOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan program pembinaan dan membaiki masjid di negeri ini bagi memastikan rakyat Kelantan menikmati kemudahan beribadat dengan lebih selesa sama seperti umat Islam di negeri-negeri lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pembinaan projek itu bukan semata-mata janji malah ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dalam pembangunan di bidang kerohanian.

“Kita (kerajaan Pusat) telah membina 27 buah masjid di seluruh negeri ini sejak 2008 selain membaiki dan membaikpulih kira-kira 100 masjid membabitkan kos berpuluh juta ringgit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pembinaan Masjid Mukim Mentuan, Kubang Kerian, di sini, malam Isnin.

Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan cek RM500,000 kepada Imam Muda Masjid berkenaan Abdul Ghafar Hussin, untuk menyiapkan projek pembinaan masjid itu yang 75 peratus siap sejak lebih dua tahun lepas.

Mustapa berkata, kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan projek-projek pembangunan di bidang keagamaan bagi rakyat negeri ini.

“Ia bukanlah semata-mata kerana janji pilihan raya, tetapi sebagai memenuhitanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan di bidang keagamaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa kemajuan Masjid Mentuan, Kamaruzaman Mohamad, berkata sebahagian daripada peruntukan RM500,000 sumbangan kerajaan ituadalah untuk menyiapkan projek pembinaannya dan sebahagian lagi untuk membayar tunggakan hutang pembinaan bangunan itu yang dilaksanakan sejak 2010.

Beliau bagi pihak jawatankuasa masjid itu amat bersyukur kepada kerajaan persekutuan kerana menyediakan peruntukan yang begitu besar dan ia suatu petanda kerajaan tidak mengabaikan kepentingan rakyat, khasnya masyarakat Islam di bidang keagamaan.

Katanya, masjid itu yang mula dibina pada 2010 secara gotong royong dengan bantuan penduduk kampung dan terbengkalai pembinaannya kerana kekurangan perbelanjaan.

Beliau yakin dengan bantuan kerajaan Pusat itu, bangunan masjid itu yang kini siap 75 peratus dijangka siap sepenuhnya genap tiga tahun mengikut jadual pada April depan.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...