Pakatan Haram Mulakan Kempen Selamatkan Leong Pei Koe - pakdin.my

Leong Pei Koe
Leong Pei Koe

Semalam berlaku insiden yang amat melukakan hati umat Melayu. Raja Permaisuri Agong dihina bila seorang pemuda cina dengan lagak sombong dan samseng telah menunjukkan ‘isyarat jari tengah’. Isyarat yang amat lucah dengan maksud untuk tidak menghormati langsung Permaisuri Agong.

Bukan itu saja, pemuda Cina tersebut juga seolah mencabar pihak polis untuk menahannya dan juga telah mengeluarkan kata-kata yang amat menghina bukan saja anggota polis namun umat Melayu. Beliau mengatakan polis tidak berkuasa di Pulau Pinang. Akhirnya beliau ditahan dan disoal siasat.

MI dapat agak, lepas dibawa ke balai, beliau akan mohon maaf. Itu saja adengan yang selama ini kita mampu lihat, pijak gambar pemimpin dan minta maaf, bakar bendera dan minta maaf malah kini bila Permaisuri Agong dihina maka ucapan yang sama bakal keluar dari mulut manusia yang hidup penuh hipokrit.

Kini, portal suarapakatanrakyat yang perjuangkan segala tingkah dan perbuatan pakatan haram dengan penuh sombong telah keluarkan kempen untuk membela pemuda cina yang asalnya anak Selangor ini, Leong Pei Koe.

Rakyat Malaysia yang waras tidak terkejut dengan pemimpin pakatan haram bila mereka bakal membela manusia yang rendah dan rosak akhlaknya ini. Bukan ini saja kes yang mendapat perhatian dan pembelaan pakatan haram.
Kes Kugan hinggalah kepada kes terbaru Sugumaran yang mati dalam lokap baru-baru ini juga mendapat pembelaan pakatan haram ini. Isu latarbelakang siapa yang dibela tidak diambil kira langsung, yang penting kes yang mampu hancurkan kredibiliti POLIS akan dijadikan modal utama politik mereka.

Lihatlah di SINI bahawa pakatan haram sudah bersedia awal dalam isu membela manusia yang menghina Permaisuri Agong ini.

http://malaysia-instinct.blogspot.com/2013/02/pakatan-haram-mulakan-kempen-selamatkan.html

UTAMAPOLITIKPakatan Haram Mulakan Kempen Selamatkan Leong Pei Koe

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium