Masyarakat Cina, Kerajaan Harus Dekat – Pehin Sri Abdul Taib Mahmud - pakdin.my

taib mahmud cny sibu
GONG XI FA CAI: Taib (tengah) bersama tetamu kehormat lain memberi ucap selamat pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Tujuh Persatuan Klan Cina Sibu dan Organisasi Belia Tujuh Klan di Sibu, petang semalam.

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru masyarakat Cina di sini supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau berkata, pemilihan calon pada PRU13 perlu dibuat berhati-hati dengan sokongan diberikan kepada mereka yang mampu berkhidmat untuk rakyat, khasnya masya-rakat Cina dengan sebaik mungkin.

“Jangan tersalah pilih calon kerana ia akan merugikan diri sendiri. Sudah semestinya kita memerlukan perubahan, tetapi biarlah perubahan itu membawa impak yang positif serta manfaat kepada rakyat.

“Perubahan yang harus kita idam-idamkan ialah pembangunan, dasar-dasar kerajaan dan sebagai-nya agar semua rakyat negeri ini termasuk masyarakat Cina mendapat manfaat daripadanya.

“Oleh itu, masyarakat Cina harus dekat dengan kerajaan sedia ada kerana kerajaan sedikit pun tidak menyisihkan anda sama se-perti kaum-kaum lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Tujuh Persatuan Klan Cina Sibu dan Organisasi Belia Tujuh Klan yang berlangsung di bangunan Persatuan Foochow Sibu, Jalan Salim di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah isteri Taib Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Kemajuan Ta-nah Tan Sri James Masing.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Presiden Persekutuan Tujuh Persatuan Klan Cina Sibu Chai Tien Seng serta tetamu kehormat yang lain.

Taib turut menegaskan, masya-rakat Cina perlu bersatu padu dalam persatuan sedia ada dan harus dekat dengan kerajaan.

“Persatuan Cina seperti persekutuan persatuan ini harus me-mainkan peranannya dan yang penting harus dekat dan bekerja-sama erat dengan kerajaan.

“Ini penting bagi memudahkan kerajaan tahu apa kekurangan atau masalah yang dihadapi oleh ahli persatuan dan masyarakat Cina yang disalurkan oleh persatuan kepada kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat Cina agar turut memberi sokongan padu kepada kepim-pinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sejak Perdana Menteri mengambil alih pentadbiran negara ini, ramai masyarakat Cina serta tokoh korporat diberikan jawatan tinggi dalam kabinet persekutuan dan sebagainya.

“Perdana Menteri turut memberi kepercayaan kepada kaum Cina di negara ini dan apa salahnya jika anda semua memberi mandat kepada Perdana Menteri pada PRU13 supaya mentadbir semula negara ini,” tambahnya.

UTAMABERITASARAWAKMasyarakat Cina, Kerajaan Harus Dekat - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium