Media Sosial Lebih Diguna Bincang Soal Hiburan – Dr Shamsul Amri - pakdin.my

SocialMediaKUALA LUMPUR  — Media sosial seperti Facebook dan Twitter didapati lebih banyak digunakan untuk memperkatakan soal hiburan berbanding isu politik, demikian kata seorang ilmuan.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata hanya satu hingga dua peratus daripada kira-kira tujuh juta pengguna media sosial di negara ini menggunakan medium itu bagi perbincangan politik.

Sehubungan itu beliau berkata pendapat bahawa media sosial merupakan medium yang mempunyai kesan tinggi bagi meraih sokongan politik perlu dinilai semula.

“Kita lihat kebanyakan pengguna media sosial di Malaysia menggunakan medium itu untuk berbincang antaranya mengenai drama Korea, rancangan Upin dan Ipin, juga perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

“Media sosial adalah alat besar dan kuat, tetapi penggunaannya dalam politik agak rendah walaupun masyarakat kita memiliki kecelikan politik yang tinggi,” katanya ketika membentangkan hasil kajian mengenai kefahaman dan pandangan masyarakat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada ‘Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR’ di sini Jumaat.

Sebaliknya Shamsul Amri berpendapat telefon merupakan medium yang mempunyai kesan paling tinggi dalam meraih sokongan politik di negara ini dan parti politik perlu menggunakan medium itu sepenuhnya bagi tujuan tersebut.

“Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mampu dihubungkan dengan telefon berbeza dengan Internet. Malah media sosial juga tidak mempunyai penembusan seluas telefon,” katanya.

UTAMABERITAMedia Sosial Lebih Diguna Bincang Soal Hiburan - Dr Shamsul Amri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium