UtamaPOLITIKHadi, Nik Aziz Tak...

Hadi, Nik Aziz Tak Guna! – Anwar Ibrahim - pakdin.my

anwar-nik azizAnwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. “Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS,” adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.

Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.

Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih ‘Islam’ berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah ‘lawak’.

Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik – memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.

Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.

Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,”Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!”

Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...