UtamaPOLITIKMasyarakat Cina Boikot Kempen...

Masyarakat Cina Boikot Kempen Provokasi DAP - pakdin.my

dap old and youngHarapan PR khususnya DAP untuk melihat penduduk Pulau Pinang memboikot majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN nampaknya tidak kesampaian walaupun berhari-hari sebelumnya jentera propaganda DAP kerap memainkan isu pembaziran wang rakyat.

Hatta cubaan DAP dan PR untuk memalukan PM kononnya rakyat Pulau Pinang dan orang ramai yang hadir menolak kehadiran BN juga menemui kehampaan bila mana ketika PM mengajukan soalan “Are you ready for BN” sebahagian besar hadirin menjawab “Yes” dan “Ready” manakala pekikan “No” hanya datang dari segelintir penyokong PR yang berada berdekatan jururakam video itu sahaja.

Dianggarkan lebih 80,000 orang hadirin yang majoritinya keturunan Tionghua dan selebihnya dari kaum Melayu dan India tetap membanjiri lokasi sambutan perayaan, sekaligus mengatasi jangkaan awal yang majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang sahaja.

Mereka bukan sahaja datang untuk mengikuti persembahan hiburan dari superstar Korea, Psy dan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style tetapi yang lebih penting masing-masing mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Ternyata makin lama propaganda DAP dan PR kian hilang bisanya apabila khalayak umum tidak lagi menerima bulat-bulat tohmahan DAP kononnya penganjuran majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan Psy telah menyebabkan pembaziran berjuta ringgit duit rakyat.

Walhal, jika benar penganjuran majlis perayaan sempena Tahun Baru Cina ini dianggap satu pembaziran sebagaimana didakwa oleh DAP, bukankah kehadiran sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di majlis tersebut boleh diumpamakan sebagai bersekongkol menyokong pembaziran?

Tak terdetik rasa malukah dalam diri Setiausaha Agung DAP itu terhegeh-hegeh hadir menyaksikan sama persembahan Psy tatkala parti sendiri sibuk mencanangkan propaganda kehadiran artis popular Korea itu adalah satu pembaziran dan tidak berfaedah?

Hakikatnya majoriti rakyat tahu segala urusan perbelanjaan langsung tidak melibatkan wang rakyat atau wang pembayar cukai. Sebaliknya keseluruhan kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang kemudiannya akan beroleh kelebihan dari segi rebet percukaian kerana program yang ditaja turut melibatkan kepentingan umum.

Bayaran kepada Psy yang mencecah RM2.3 juta untuk persembahan selama lebih kurang 15 minit mungkin mahal, tapi kehadirannya nyata memberi impak positif kepada industri perlancongan Pulau Pinang apabila ia turut menggamit kehadiran orang ramai dari seluruh negara.

Ia nyata berbaloi dan jauh lebih bermanfaat berbanding dengan program hiburan larut malam dan memabukkan di Batu Feringgi yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat arak, Carlsberg pada November 2012 yang lalu yang menelan belanja RM3 juta.

Dalam pada itu, gesaan Lim Guan Eng supaya penyokong PR hadir dengan pakaian berwarna merah, kuning, hijau dan oren juga tidak mendapat sambutan seperti diboikot penyokong sendiri apabila hanya segelintir sahaja yang sanggup meneruskan provokasi politik busuk sedemikian di majlis perayaan itu.

Jelas sekali penyokong PR sendiri agak segan untuk menjayakan provokasi politik itu, barangkali mereka keliru dengan mainan propaganda DAP dan PR yang mencemuh majlis tersebut atas alasan pembaziran tapi di masa yang sama mengarahkan pula penyokong PR hadir seumpama menyokong pula pembaziran yang didakwa.

Melihatkan senario ini, tampak jelas majoriti rakyat kian jauh dari jangkauan PR. Malang benar nasib PR, bukan sahaja kempen provokasi dan propaganda mereka telah diboikot oleh penyokong sendiri malah masyarakat Cina juga kian hari cuba menjarakkan diri dari terus dikaitkan dengan DAP & PR.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...